Matlamat Ramadan Kami
Sertailah Kami untuk Mencapai 10,000 Penyempurnaan Al-Quran pada bulan Ramadan 2021
Muslim Pro memberikan kembali kepada komuniti tahun ini dengan menyumbangkan kepada misi yang lebih bermakna. Kami mensasarkan 10,000 khatam di aplikasi Muslim Pro Ramadan ini. Alhamdulillah, Muslim Pro telah mencapai lebih dari 30.000 penyelesaian Al-Qur'an selama Ramadhan 2021 ini.
Kami sangat berterima kasih atas di atas sokongan penuh dari komuniti Muslim. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua saudara sesama Muslim kami yang telah memulakan perjalanan khatam digital mereka dengan Muslim Pro.
Perbaiki Kehidupan Kanak-kanak
Muslim Pro bekerjasama dengan UNICEF dan organisasi filantropi Islam Indonesia, Dompet Dhuafa, sebagai badan amal rasmi kami. Kami telah bertekad untuk memberikan sumbangan korporat kepada kedua organisasi tersebut untuk membantu keperluan pendidikan kanak-kanak, seiring dengan misi kempen Khatam Quran dan tujuan untuk menyekolahkan kanak-kanak Muslim yang kurang berkemampuan.
Tidak berhenti sampai disitu saja.
Kami berkolaborasi dengan UNICEF untuk melancarkan tabung dana khalayak di peringkat global yang pertama kami bagi mengumpulkan dana untuk membantu kanak-kanak di Yaman. Pengguna Muslim Pro dapat memberi sumbangan kepada UNICEF sepanjang Ramadan sehingga akhir bulan Mei bagi membantu tabung kecemasan organisasi dan keseluruhan gerak kerja bagi memberi pendidikan kanak-kanak di Yaman.
Donate Now: https://help.unicef.org/yemen/muslim-pro
JOM BANTU ALI
Anda boleh menyelamatkan Ali dan berikan Ali hidup yang lebih baik di Yaman sekarang. Ikuti kisah Ali di akaun media sosiak kami sekarang dan lihat bagaimana sumbangan anda dapat membantu situasu semasa di sana.
Jadi sebahagian daripada kami semua yang berganding bahu ingin membantu Ali bangun dan sembuh daripada kesan konflik yang terjadi dan kembali menjalankan kehidupannya seperti kanak-kanak yang lain.
#LetsHelpAli
#Hadiahkan kepada Diri
Dekatkan diri anda kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan ini.
#Hadiahkan kepada Komuniti
Hubungkan silaturrahim dengan rakan dan keluarga anda.
#Hadiah Pendidikan
Untuk setiap "khatam", kami berhasrat untuk menaja pendidikan untuk anak-anak yang kurang berkemampuan.
Khatam Untukmu
Ciri Khatam kami akan membolehkan pengguna kami memulakan bacaan Khatam mereka sendiri dan dapat memiliki fleksibiliti untuk menetapkan tarikh akhir mereka sendiri. Pengguna juga akan mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi kami atau membaca menggunakan Al-Quran fizikal. Pengguna juga boleh mengajak rakan dan keluarga mereka dari seluruh dunia untuk membaca Al-Quran bersama-sama!
Kekalkan fokus Dan Motivasi
Pengguna mempunyai kemampuan untuk mengesan dan melihat kemajuan pembacaan Al-Quran mereka. Status pembacaan akan tersedia apabila pengguna masuk ke akaun Muslim Pro mereka sendiri. Selain itu, pengguna dapat melihat sejarah pembacaan mereka dan dapat mendorong orang lain dalam kumpulan membaca Al-Quran mereka untuk memotivasi mereka membaca.
Ganjaran Dan Banyak Lagi
Pengguna dapat memperolehi pelbagai lencana pencapaian berdasarkan pencapaian yang mereka dalam ciri Khatam. Untuk setiap lencana pencapaian, latar belakang kecil akan disediakan untuk pengguna untuk mengetahui sejarah dan hubungan lencana dan Islam.